Sunday, November 14, 2010

SENI TAEKWONDO





TAEKWONDO

Seni Taekwondo merupakan pendidikan luar Pendidikan Jasmani. Seramai 40 orang pelajar belajar Taekwondo. Pelajarnya dari prasekolah hingga tahun enam.


MEMANAH









LATIHAN MEMANAH

Aktiviti memanah adalah pendidikan luar Pendidikan Jasmani. En.Azman ialah guru yang bertanggungjawab mengajar latihan memanah. Seramai 30 orang pelajar mengikuti latihan memanah.

PIRAMID MAKANAN

Bentuk Piramid Makanan
yang perlu kita ambil dalam makanan

Kumpulan makanan Karbohidrat

Kumpulan makanan Protin

Kumpulan makanan Lemak




MAKANAN SEIMBANG


Makanan seimbang mengandungi Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin dan Mineral.



Saturday, October 23, 2010

AKTIVITI SELEPAS UPSR







FUTSAL ....FUTSAL....

Pertandingan Futsal telah diadakan selepas UPSR. Pertandingan dijalankan selama 2 minggu yang berakhir pada 22.10.2010. Sebanyak 15 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan mengambil bahagian.

Pertandingan dijalankan mengikut sistem satu pusingan. Pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan menjadi JOHAN. Unit Pendidikan Jasmani telah dipertanggungjawabkan mengelolakan permainan tersebut.

Seramai lapan orang pelajar Tahun enam telah dipertanggungjawabkan menguruskan pertandingan. Pelajar tersebut dibimbing oleh En.Firdaus bin Mohamad,guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

KEBERSIHAN DIRI


Demonstrasi menggosok gigi


Gunakan berus gigi yang sesuai...


Gosok gigi dengan lembut

Gosok gigi selepas makan


CARA MENGGOSOK GIGI


JUMAAT ( 22.10.2010) - Menjaga kebersihah gigi sangat penting kepada kita. Gigi perlu digosok selepas kita makan. Gigi yang rosak perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Kita perlu membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun.

Bertepatan dengan itu ,satu demonstrasi menggosok gigi dengan betul telah di adakan oleh unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada hari ini. Pelajar yang terlibat ialah Prasekolah dan Tahun 4. Pelajar diajar dengan betul cara menggosok gigi oleh guru Pn.Zainorida.

Friday, October 8, 2010

PENDIDIKAN JASMANI BOLA SEPAK






BADMINTON DAN BOLA SEPAK

Aktiviti PJ tahun Empat bermain bola sepak dan badminton minggu ini.
Pelajar perempuan bermain badminton dan lelaki bermain bola sepak.

Tuesday, August 10, 2010

PENDIDIKAN JASMANI


Pelajar sesdang melakukan kemahiran asas
menggelecek bola



Guru sedang menunjukkan cara memegang kayu
yang betul kepada pelajar



Guru sedang menunjukkan cara menolak bola
dengan kedudukan kaki dan badan yang betul


GURU PENDIDIKAN JASMANI

Tugas guru Pendidikan Jasmani (PJ) ialah mengajar kemahiran asas permainan . Masa PJ diuntukkan selama 30 minit dalam satu masa . Selain mengajar kemahiran permainan, guru PJ dikehendaki menjalankan ujian SEGAK.( Standard Kecergasan Kebangsaan )sebanyak dua kali setahun. Ujian SEGAK hanya kepada pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5.


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars