Saturday, January 8, 2011

PADANG DAN BALAPAN 2011


En.Azman(baju biru) dan En Firdaus


GARISAN BALAPAN

Aktiviti sukan 2011 akan bermula. Setiausaha sukan dan penolongnya akan memulakan kerja rutin awal tahun. Mereka menyediakan garisan padang dan balapan sehingga selesai dan sempurna.

Aktiviti sukan bermula dengan Merentas Desa. Pelajar berlari sejauh 5KM pergi dan balik. Lokasi nya ialah kampung sekitar sekolah. Pertandingan sebenar merentas desa ialah 21 .1.2011(Jumaat)

Selepas acara merentas desa,acara balapan dan padang akan menyusul. Kejohanan padang dan balapan ke-43 ialah pada 9.2.2011(Rabu).

Sunday, November 14, 2010

GOTONG ROYONG AEDES





AEDES...!!! AEDES...!!!!!

Gotong royong Perdana mencegah pembiakan nyamuk Aedes telah di jalankan pada hari Jumaat 12 Oktober 2010 dari jam 8.00 hingga jam 11.00 pagi. Gotong royong tersebut adalah anjuran bersama Pejabat Kesihatan Batu Pahat. Majlis dimulakan dengan ceramah Demam Denggi dan selepas itu dimulakan kerja gotong royong.

Perasmian Gotong royong tersebut dirasmikan oleh Dr.Khairati Bte Hamidon. Kerja gotong royong dibuat di Kawasan Sekolah bersama pelajar,guru dan pekerja sekolah.

BUKU SKRAP PENDIDIKAN KESIHATAN






GAYA HIDUP SIHAT

Pertandingan Buku Skrap ,Gaya Hidup Sihat telah dijalankan pada bulan Oktober.Sebanyak 50 penyertaan diterima daripada pelajar tahap dua.



SENI TAEKWONDO





TAEKWONDO

Seni Taekwondo merupakan pendidikan luar Pendidikan Jasmani. Seramai 40 orang pelajar belajar Taekwondo. Pelajarnya dari prasekolah hingga tahun enam.


MEMANAH









LATIHAN MEMANAH

Aktiviti memanah adalah pendidikan luar Pendidikan Jasmani. En.Azman ialah guru yang bertanggungjawab mengajar latihan memanah. Seramai 30 orang pelajar mengikuti latihan memanah.

PIRAMID MAKANAN

Bentuk Piramid Makanan
yang perlu kita ambil dalam makanan

Kumpulan makanan Karbohidrat

Kumpulan makanan Protin

Kumpulan makanan Lemak




MAKANAN SEIMBANG


Makanan seimbang mengandungi Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin dan Mineral.



Saturday, October 23, 2010

AKTIVITI SELEPAS UPSR







FUTSAL ....FUTSAL....

Pertandingan Futsal telah diadakan selepas UPSR. Pertandingan dijalankan selama 2 minggu yang berakhir pada 22.10.2010. Sebanyak 15 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan mengambil bahagian.

Pertandingan dijalankan mengikut sistem satu pusingan. Pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan menjadi JOHAN. Unit Pendidikan Jasmani telah dipertanggungjawabkan mengelolakan permainan tersebut.

Seramai lapan orang pelajar Tahun enam telah dipertanggungjawabkan menguruskan pertandingan. Pelajar tersebut dibimbing oleh En.Firdaus bin Mohamad,guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars