Monday, February 22, 2010

Berita Sukan Terkini 2010

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia Kali Keenam



JAGUH badminton Malaysia yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2010 selepas menundukkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-13, 21-7 dalam masa 34 minit pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, sebentar tadi. Chong Wei, pilihan utama perseorangan meraih kejayaaan keenamnya dalam Kejuaraan Terbuka Malaysia selepas muncul juara kejohanan sama pada 2004, 2005, 2006, 2008 dan 2009. Ini merupakan kejuaraan berganda Chong Wei setelah menjuarai Terbuka Korea minggu lepas dengan menundukkan jaguh Denmark, Peter Gade Christensen 21-12, 21-11 pada aksi final 17 Januari lalu.



Koo Kien Keat-Tan Boon Heong Muncul Juara Terbuka Malaysia 2010


BEREGU nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, menjuarai Siri Super Terbuka Malaysia 2010 selepas menewaskan gandingan China, Guo Zhendong-Xu Chen 21-15, 17-21, 21-16 di Stadium Putra, Bukit Jalil petang tadi.Pasangan negara mengambil masa 55 minit untuk menewaskan beregu China dalam pertarungan tiga set itu.Kejayaan menjuarai Terbuka Malaysia kali ini lebih manis apabila Malaysia turut merangkul gelaran dalam bahagian perseorangan lelaki apabila Lee Chong Wei menumbangkan jaguh Thailand, Boonsak Ponsana.Ia adalah gelaran kedua buat Kali pasangan Kien Keat-Boon Heong di Terbuka Malaysia selepas kali pertama muncul juara ialah pada 2007.

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars