LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA
- Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah.
- Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada.
- Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan).
- Jangan bermain-main di atas jalanraya atau dilorong pejalan kaki.
- Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu.
- Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari.
- Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong.
- Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung.
TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS
- Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
- Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
- Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
- Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas
- Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
- Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.
BERHENTI. KLIK SAYA!
0 comments:
Post a Comment