Wednesday, February 24, 2010

Sukan Tahunan SK Peserai ke - 42

Majlis perasmian pembukaan sukan tahunan kali ke -42
oleh YDP PIBG SK Peserai
YDP menunjukkan piala yang di perolehinya ketika zaman
persekolahannya dahulu.
Comelnya...
tapi beliau berasa bangga kerana dapat memperolehinya.
Piala itu menjadi kenangan dan sumber inspirasinya.
Kontinjen rumah pasukan Soga


Kontinjen rumah pasukan Banang


Ibu dan bapa turut serta dan memeriahkan
dalam temasya sukan yang diadakan

Perbarisan lintas hormat

Pemenang yang mendapat hadiah.


Siapa Juara Sukan 2010 !!!

Kamilah jaguh antara juara sukan ....
Penyerahan bendera sukan olahraga kepada GPK 1,
sebagai tanda penutup sukan olahraga tahunan tahun 2010

Soga - Johan
Banang - Naib Johan
Pulai - Ketiga
Ledang - Keempat
Tahniah kepada semua guru dan murid
yang sama-sama menjayakan sukan.
Majulah Sukan Untuk Negara!!!

Olahragawan - Mohd Nor dari rumah pasukan Soga
Olahragawati - Noraini dari rumah pasukan Banang



Tuesday, February 23, 2010

Keselamatan Jalan Raya

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA


  • Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah.

  • Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada.

  • Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan).

  • Jangan bermain-main di atas jalanraya atau dilorong pejalan kaki.
  • Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu.

  • Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari.

  • Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong.
  • Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung.

TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS


  • Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
  • Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
  • Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
  • Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas
  • Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
  • Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.


BERHENTI. KLIK SAYA!


Monday, February 22, 2010

Info Kesihatan

Amalan Pemakanan Sihat



Bebaskan Diri Daripada Tekanan

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

  • Senyum - Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.
  • Bersendirian - Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
  • Bertenang - Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.
  • Lavender - Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.
  • Kasih sayang - Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.
  • Allah - Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.
  • Ceria - Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

Berita Sukan Terkini 2010

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia Kali Keenam



JAGUH badminton Malaysia yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2010 selepas menundukkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-13, 21-7 dalam masa 34 minit pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, sebentar tadi. Chong Wei, pilihan utama perseorangan meraih kejayaaan keenamnya dalam Kejuaraan Terbuka Malaysia selepas muncul juara kejohanan sama pada 2004, 2005, 2006, 2008 dan 2009. Ini merupakan kejuaraan berganda Chong Wei setelah menjuarai Terbuka Korea minggu lepas dengan menundukkan jaguh Denmark, Peter Gade Christensen 21-12, 21-11 pada aksi final 17 Januari lalu.



Koo Kien Keat-Tan Boon Heong Muncul Juara Terbuka Malaysia 2010


BEREGU nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, menjuarai Siri Super Terbuka Malaysia 2010 selepas menewaskan gandingan China, Guo Zhendong-Xu Chen 21-15, 17-21, 21-16 di Stadium Putra, Bukit Jalil petang tadi.Pasangan negara mengambil masa 55 minit untuk menewaskan beregu China dalam pertarungan tiga set itu.Kejayaan menjuarai Terbuka Malaysia kali ini lebih manis apabila Malaysia turut merangkul gelaran dalam bahagian perseorangan lelaki apabila Lee Chong Wei menumbangkan jaguh Thailand, Boonsak Ponsana.Ia adalah gelaran kedua buat Kali pasangan Kien Keat-Boon Heong di Terbuka Malaysia selepas kali pertama muncul juara ialah pada 2007.

Friday, February 12, 2010

Penyampaian Hadiah Sukan Tara 2010

Tn.Hj Sarkawi ( Guru Besar ) menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang Lompat Tinggi P /A.
Johan, Shuhaidah Md Noh- Rumah Banang,
N/Johan, Shuhaila Buang-Rumah Banang,
tempat Ketiga, -Rumah Pulai.

Pemenang Lompat Tinggi P/A.

En. Aziz ( GPK KK ) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pemenang Acara Lembing L/A.
Johan- Md Noh, N/Johan- Elyas
dan tempat ketiga Aminuddin.

Cikgu Firdaus bersama pemenang Lontar Peluru P/A.

Pemenang 4 x 200meter P/A

Pemenang 4 x 200meter P/A

Pemenang Lontar Peluru L/A.

Pemenang acara Lompat Jauh P/A.
Johan - Noraini dari Rumah Banang
N/Johan -Shuhaila dari Rumah Banang.
Cayalah.... Banang!!!
Pemenang Acara Lompat Tinggi L/A.




PRA Sukan Olahraga Sekolah 2010

Acara 80 meter berpagar Lelaki A

Acara Lompat Tinggi Perempuan A


Peserta Lembing Lelaki A
bersama cikgu Mustafa dan Ustzh Masura

Cikgu Mustafa sedang mengukur jarak lembing.
Agak-agak berapa meter? Macam jauh.... jer.....

Peserta sedang berlari berganti-ganti
4 x 200 meter Perempuan A.
Cikgu Hamidah sedang menyusun peserta lari berganti-ganti.
Caya....lah, kak Midah. Sentiasa berkhidmat.




Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars