Sunday, November 14, 2010

GOTONG ROYONG AEDES





AEDES...!!! AEDES...!!!!!

Gotong royong Perdana mencegah pembiakan nyamuk Aedes telah di jalankan pada hari Jumaat 12 Oktober 2010 dari jam 8.00 hingga jam 11.00 pagi. Gotong royong tersebut adalah anjuran bersama Pejabat Kesihatan Batu Pahat. Majlis dimulakan dengan ceramah Demam Denggi dan selepas itu dimulakan kerja gotong royong.

Perasmian Gotong royong tersebut dirasmikan oleh Dr.Khairati Bte Hamidon. Kerja gotong royong dibuat di Kawasan Sekolah bersama pelajar,guru dan pekerja sekolah.

BUKU SKRAP PENDIDIKAN KESIHATAN






GAYA HIDUP SIHAT

Pertandingan Buku Skrap ,Gaya Hidup Sihat telah dijalankan pada bulan Oktober.Sebanyak 50 penyertaan diterima daripada pelajar tahap dua.



SENI TAEKWONDO





TAEKWONDO

Seni Taekwondo merupakan pendidikan luar Pendidikan Jasmani. Seramai 40 orang pelajar belajar Taekwondo. Pelajarnya dari prasekolah hingga tahun enam.


MEMANAH









LATIHAN MEMANAH

Aktiviti memanah adalah pendidikan luar Pendidikan Jasmani. En.Azman ialah guru yang bertanggungjawab mengajar latihan memanah. Seramai 30 orang pelajar mengikuti latihan memanah.

PIRAMID MAKANAN

Bentuk Piramid Makanan
yang perlu kita ambil dalam makanan

Kumpulan makanan Karbohidrat

Kumpulan makanan Protin

Kumpulan makanan Lemak




MAKANAN SEIMBANG


Makanan seimbang mengandungi Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin dan Mineral.



Saturday, October 23, 2010

AKTIVITI SELEPAS UPSR







FUTSAL ....FUTSAL....

Pertandingan Futsal telah diadakan selepas UPSR. Pertandingan dijalankan selama 2 minggu yang berakhir pada 22.10.2010. Sebanyak 15 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan mengambil bahagian.

Pertandingan dijalankan mengikut sistem satu pusingan. Pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan menjadi JOHAN. Unit Pendidikan Jasmani telah dipertanggungjawabkan mengelolakan permainan tersebut.

Seramai lapan orang pelajar Tahun enam telah dipertanggungjawabkan menguruskan pertandingan. Pelajar tersebut dibimbing oleh En.Firdaus bin Mohamad,guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

KEBERSIHAN DIRI


Demonstrasi menggosok gigi


Gunakan berus gigi yang sesuai...


Gosok gigi dengan lembut

Gosok gigi selepas makan


CARA MENGGOSOK GIGI


JUMAAT ( 22.10.2010) - Menjaga kebersihah gigi sangat penting kepada kita. Gigi perlu digosok selepas kita makan. Gigi yang rosak perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Kita perlu membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun.

Bertepatan dengan itu ,satu demonstrasi menggosok gigi dengan betul telah di adakan oleh unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada hari ini. Pelajar yang terlibat ialah Prasekolah dan Tahun 4. Pelajar diajar dengan betul cara menggosok gigi oleh guru Pn.Zainorida.

Friday, October 8, 2010

PENDIDIKAN JASMANI BOLA SEPAK






BADMINTON DAN BOLA SEPAK

Aktiviti PJ tahun Empat bermain bola sepak dan badminton minggu ini.
Pelajar perempuan bermain badminton dan lelaki bermain bola sepak.

Tuesday, August 10, 2010

PENDIDIKAN JASMANI


Pelajar sesdang melakukan kemahiran asas
menggelecek bola



Guru sedang menunjukkan cara memegang kayu
yang betul kepada pelajar



Guru sedang menunjukkan cara menolak bola
dengan kedudukan kaki dan badan yang betul


GURU PENDIDIKAN JASMANI

Tugas guru Pendidikan Jasmani (PJ) ialah mengajar kemahiran asas permainan . Masa PJ diuntukkan selama 30 minit dalam satu masa . Selain mengajar kemahiran permainan, guru PJ dikehendaki menjalankan ujian SEGAK.( Standard Kecergasan Kebangsaan )sebanyak dua kali setahun. Ujian SEGAK hanya kepada pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5.

Tuesday, April 20, 2010

Ikhlas memberi

Cikgu Mustafa tidak ketinggalan memberikan habuan
kepada peserta yang berjaya.
Ada lebih, jangan lupa yang lain....

Terima habuan

En. Aziz b. Seman (GPK KK) memberi sumbangan
berbentuk RM?? kepada yang dapat mengumpul pingat.
Bukannya apa... sebagai menyuntik semangat je...
Kita nak juga...

Jurulatih Sukan

Jurulatih sukan SK Peserai sempat berposing
sementara menunggu peserta olahraga memulakan acara.
Kami berpakaian sedundun sebab lepas ni ada acara
larian 4x400meter acara dewasa.
Cikgu Arianti dah bersiap sedia.
Hai!!! tak sabar-sabar pulak dia...

Sukan MPZ Semerah


Sukan MPZ Semerah




Wednesday, February 24, 2010

Sukan Tahunan SK Peserai ke - 42

Majlis perasmian pembukaan sukan tahunan kali ke -42
oleh YDP PIBG SK Peserai
YDP menunjukkan piala yang di perolehinya ketika zaman
persekolahannya dahulu.
Comelnya...
tapi beliau berasa bangga kerana dapat memperolehinya.
Piala itu menjadi kenangan dan sumber inspirasinya.
Kontinjen rumah pasukan Soga


Kontinjen rumah pasukan Banang


Ibu dan bapa turut serta dan memeriahkan
dalam temasya sukan yang diadakan

Perbarisan lintas hormat

Pemenang yang mendapat hadiah.


Siapa Juara Sukan 2010 !!!

Kamilah jaguh antara juara sukan ....
Penyerahan bendera sukan olahraga kepada GPK 1,
sebagai tanda penutup sukan olahraga tahunan tahun 2010

Soga - Johan
Banang - Naib Johan
Pulai - Ketiga
Ledang - Keempat
Tahniah kepada semua guru dan murid
yang sama-sama menjayakan sukan.
Majulah Sukan Untuk Negara!!!

Olahragawan - Mohd Nor dari rumah pasukan Soga
Olahragawati - Noraini dari rumah pasukan Banang



Tuesday, February 23, 2010

Keselamatan Jalan Raya

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA


  • Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah.

  • Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada.

  • Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan).

  • Jangan bermain-main di atas jalanraya atau dilorong pejalan kaki.
  • Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu.

  • Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari.

  • Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong.
  • Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung.

TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS


  • Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
  • Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
  • Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
  • Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas
  • Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
  • Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.


BERHENTI. KLIK SAYA!



Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars