Saturday, October 23, 2010

AKTIVITI SELEPAS UPSR







FUTSAL ....FUTSAL....

Pertandingan Futsal telah diadakan selepas UPSR. Pertandingan dijalankan selama 2 minggu yang berakhir pada 22.10.2010. Sebanyak 15 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan mengambil bahagian.

Pertandingan dijalankan mengikut sistem satu pusingan. Pasukan yang memperolehi mata terbanyak akan menjadi JOHAN. Unit Pendidikan Jasmani telah dipertanggungjawabkan mengelolakan permainan tersebut.

Seramai lapan orang pelajar Tahun enam telah dipertanggungjawabkan menguruskan pertandingan. Pelajar tersebut dibimbing oleh En.Firdaus bin Mohamad,guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

KEBERSIHAN DIRI


Demonstrasi menggosok gigi


Gunakan berus gigi yang sesuai...


Gosok gigi dengan lembut

Gosok gigi selepas makan


CARA MENGGOSOK GIGI


JUMAAT ( 22.10.2010) - Menjaga kebersihah gigi sangat penting kepada kita. Gigi perlu digosok selepas kita makan. Gigi yang rosak perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Kita perlu membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun.

Bertepatan dengan itu ,satu demonstrasi menggosok gigi dengan betul telah di adakan oleh unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada hari ini. Pelajar yang terlibat ialah Prasekolah dan Tahun 4. Pelajar diajar dengan betul cara menggosok gigi oleh guru Pn.Zainorida.

Friday, October 8, 2010

PENDIDIKAN JASMANI BOLA SEPAK






BADMINTON DAN BOLA SEPAK

Aktiviti PJ tahun Empat bermain bola sepak dan badminton minggu ini.
Pelajar perempuan bermain badminton dan lelaki bermain bola sepak.


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars